Friday, March 25, 2016

[EAT & DRINK] DC COMICS SUPER HEROES CAFE


Lokasi
Unit 2-29, 2nd Floor, Sunway Putra Mall
Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur

APA YANG BEST?
Mungkin hiasan topping minuman kat sini yang buat cafe ni unik. Semua minuman kena ada hiasan super hero. Malah, kerusi & meja pun ada logo super hero. Menu makanan pula lebih pada makanan ringan seperti burger. Roti burger kat sini lembut. Menu disediakan set bersama fries. Dessert seperti aiskrim gelato juga disediakan di sini. 

Tempat ni sesuai dijadikan untuk minum petang, tempat santai & lepak. Di sini ada dua seksyen tempat makan yang mana disediakan untuk perokok dan bukan perokok. Jadi, perokok boleh pilih untuk makan di bahagian luar. Oh ya, sebelum ni tempat makan sangat limit untuk orang ramai, tapi sekarang dah banyak meja dibuka di kaki lima.







Batman Vs Aquaman Burger (Fish Fillet) RM14.50 (Boleh tahan la, okayla dari Fish Fillet McDonald)

Batman Special - Chicken Cheese Sausage RM18.00 (Yang ni pun boleh tahan jugak. Sedap je masuk mulut)

Dark Night Trilogy - Cookie Mocha RM18.00 (Rasa macam nak bawa balik tumbler tu. Nasib baik ingat, ni bukan starbucks. Heeee. Air pun sedap)

Sinestro - Green Tea Latte RM15.00 (Hmm tak berani suruh orang order sebab rasa green tea yang tak sedap. Bau pun memang tak berapa sedap)

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading