Thursday, March 24, 2016

SEOUL ITINERARY DAY 1: CAT CAFE MYEONGDONG & MYEONGDONG STREET


Previous post: http://raksasapurple.blogspot.my/2016/03/travel-6-days-in-seoul-2-days-in-jeju


Incheon Airport ke Chungmuro Apartment

Sampai je airport terus cari kaunter untuk beli tiket bus ke Chungmuro. Kaunter tiker berada di luar airport. Cakap je nak beli tiket bus ke Myeongdong (jangan sebut chungmuro). Tempat menunggu bus di Exit 5A atau exit 12A (Bus 6015). Harga 10,000 won. Kalau tak jelas, boleh buka link ni http://www.myeongdong.org/2013/10/bus-6015-from-incheon-airport-to.html

Bus akan berhenti di setiap stesen & driver akan sebut nama setiap perhentian. Perhentian kami di Chungmuro Exit 8. Dari Exit 8 (ke arah kanan), hanya jalan kaki beberapa minit ke apartment. 




Chungmuro Exit 8


Cat Cafe Myeongdong

Lokasi cat cafe berada di kawasan myeongdong street(cosmetic). Lokasi agak susah nak cari, TAPI kalau korang berjalan-jalan di kawasan myeongdong street korang akan jumpa patung kucing yang berkeliaran & korang boleh suruh kucing tu tunjuk arah jalan. Yes, macam tula cara kami buat. Heee

Tiada bayaran masuk tapi wajib order coffee 8,000 won. Sambil minum coffee sambil main-main dengan kucing. Sebelum main dengan kucing, staff akan suruh korang pakai apron & sapu hand sanitizer untuk jaga kebersihan.








Myeongdong Street

Aaaaaaa syurga kosmetik! Dari Chungmuro Exit 8 ke Myeongdong Street, hanya jalan terus sahaja. Myeongdong Street berhampiran dengan Myeongdong Exit 2(in front of Prince Hotel) & Uniqlo. Senang je nak cari jalan kat Seoul ni sebab ada banyak exit. hehe. Bagi aku kan, aku lebih prefer beli skincare product kat sini sebab kalau makeup, aku lebih suka US brand. Lagi-lagi skincare kat sini menang best sebab banyak brand yang popular macam Nature Republic, Etude House, Tony Moly, Innisfree and semua tu sangat mahal kat Malaysia. Anggaran harga kat Malaysia lebih dari 50% juga. 

Sangatlah rugi kalau tak beli skincare kat sini banyak-banyak. Kalau boleh satu item tu nak beli satu set. Senang tak payah shopping barang skincare 2 tahun. Ok gurau.

Buat korang yang cari gel aloe vera 92%, better beli brand Nature Republic sebab brand tu yang paling bagus. Memang sekarang banyak kedai jual gel aloe vera tu tapi tak semua bagus walaupun tulis percent =99%.




Dinner

Untuk dinner, kami makan di myeongdong street. Di Korea, tak boleh makan ayam sebab kita tak tahu cara sembelih ayam kat sana kan. Jadi kami akan sentiasa pilih seafood untuk makanan berat kami. Maka, kimchi seafood fried rice jadi pilihan kami di restoran ni, harga 5,500 won per person.




JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MYEONGDONG STREET







Kegemaranku harusla rice cake (teopokki). Korang kena cuba tao semua makanan kat myeongdong street ni. Tapi kena berpada-pada lah. Jangan salah pilih makanan.

p/s: Masa sampai je Korea, rasa macam mimpi. Kalau negara macam Thailand & Indonesia tu rasa biasa je sebab dekat dengan Malaysia. Tapi kalau Korea, rasa macam tak percaya sebab biasa tengok pemandangan dalam movie & Running Man je. So, bila dalam bus tu, tiap kali nampak tempat Running Man main game, mesti kitorang jerit, EH TU TEMPAT RUNNING MAN! Haha.

1 comment:

  1. Wahhhh.. Afie pun mmg teringin nak kesana.. Bestnyaa.. Utg siss.. Btw da bw blog ni ntry best.. Follow u.. Follow.me back tq..
    http://missafielee.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank you for reading